Mobile Legends: Bang Bang VS League Of Legends: Wild Rift: Siapa Lebih Bagus?

Mobile Legends: Bang Bang merupakan sebuah permainan MOBA mobil yang dibangunkan dan diterbitkan oleh syarikat Moonton. Permainan ini diterbitkan buat pertama kalinya di China untuk sistem Android pada 11 Julai 2016 dan kemudiannya untuk iOS di seluruh dunia pada 9 November 2016. Mobile Legends: Bang Bang masih boleh dikatakan sebagai permainan No. 1 di platform telefon pintar sebab mempunyai pengguna yang banyak.

Baru-baru ini, Riot Games telah melancarkan permainan video terbarunya di mobil iaitu League of Legends: Wild Rift. Ia merupakan adaptasi daripada permainan video PC League of Legends. Ternyata dengan pelancaran Wild Rift, Riot Games mungkin bakal mengegarkan pasaran permainan video di telefon pintar.

Dalam artikel ini, saya akan membuat beberapa perbandingan diantara kedua permainan video tersebut.


Kemahiran skill

4 Perbedaan Besar Ini Bikin League of Legends: Wild Rift Sangat Berbeda  dari Mobile Legends! | HASAGI
Sumber: HASAGI

Di Mobile Legends, anda mempunyai tiga skill aktif dan satu skill pasif manakala di Wild Rift pula, ianya mempunyai empat skill aktif dan sama seperti Mobile Legends, ianya mempunyai satu skill pasif. Dengan ini, Wild Rift menawarkan cara bermain yang baharu dan menarik dan juga boleh mengajar pemain untuk lebih peka skill yang mana perlu didahului penggunaannya.

Grafik permainan

Mobile Legends VS Wild Rift League of Legends - YouTube
Sumber: Youtube

Jikalau membandingkan grafik permainan, mereka adalah agak berbeza dan Wild Rift mendahuluinya dengan menawarkan grafik yang setaraf permainan aslinya di PC. Tetapi, mungkin kerana Mobile Legends merasakan kedudukan mereka terancam, pihak Moonton telah mengemaskini interface mereka supaya nampak lebih cantik dan HD. Jadi kalau hendak dibandingkan grafik antara kedua-dua permainan, kedua-duanya mempunyai tarikan yang sendiri.

Spesifikasi telefon yang diperlukan

League of Legends is coming to mobile and consoles with Wild Rift - Polygon
Sumber: Polygon

Spesifikasi telefon yang diperlukan oleh kedua-dua permainan adalah sangat minima, tetapi Riot Games telah mengeluarkan penyataan bahawa telefon anda mestilah mempunyai sekurang-kurangnya 1GB Ram dan cipset Snapdragon 410 processor.

Seperti yang boleh anda lihat, grafik permainan Wild Rift, anda pasti akan merasakan bahawa ia perlukan telefon yang bagus ataupun mid-level. Manakala anda boleh bermain Mobile Legends menggunakan telefon “kentang” dengan memakai FPS yang paling rendah.

Peta permainan

Everything we know about League of Legends: Wild Rift | Pocket Tactics
Sumber: Pocket Tactics

Diantara peta kedua-dua permainan video, ternyata Wild Rift mempunyai ruang yang lebih luas kerana ia mempunyai kawasan Jungle, Baron Pit, Dragon Pit dan lain-lain. Jika dibandingkan dengan Mobile Legends, luas petanya adalah sedikit kecil sebab ia mempunyai kurang feature berbanding dengan Wild Rift.


Kesimpulannya, kedua-dua permainan video tersebut mempunyai tarikan masing-masing. Bak kata pepatah, “tepuk dada, tanya selera” yang mana lebih sesuai bagi anda.

Permainan video yang mana lebih menarik bagi anda? Kongsikan pendapat anda di ruangan komen di bawah!

Total
0
Shares
Comments 2
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Prev
Hololive Myth: Everything You Need To Know About The New Wave Of English VTubers

Hololive Myth: Everything You Need To Know About The New Wave Of English VTubers

This article was contributed by Kakuchopurei

Next
Mulan: Dishonor or Honorable?

Mulan: Dishonor or Honorable?

Like most people, I was cautiously optimistic about Mulan when it was first

You May Also Like