5 Sebab Kenapa Anda Perlu Mencuba League Of Legends: Wild Rift!

League of Legends: Wild Rift (disingkat LoL: WR) adalah permainan video MOBA yang diterbitkan oleh Riot Games untuk peranti Android, iOS dan konsol. THE MAGIC RAIN telah berpeluang untuk mengambil bahagian dalam closed beta serantau LoL: WR yang sedang berlangsung di Filipina, Indonesia, Thailand, Singapura dan Malaysia.

LoL: WR merupakan sebuah permainan video mobil yang agak menarik kerana ia agak berbeza daripada permainan MOBA lain yang sedia ada di app store setiap peranti. Dengan ini, saya ingin menerangkan lima sebab kenapa anda perlu cuba permainan ini.


Diadaptasikan dari versi PC

Image

LoL: WR adalah adaptasi mobil permainan PC League of Legends. Jadi cara permainannya tidak banyak berbeza dengan versi PC, cuma durasi permainannya adalah lebih pantas dan anda boleh bermain dimana-mana sahaja.

Seperti League of Legends, pemain boleh mengendalikan champion yang mempunyai kemampuan unik untuk bertempur dan melawan pasukan pemain lain. Tujuannya adalah untuk menghancurkan Nexus pasukan lawan, sebuah struktur yang terletak di pangkalan (base) yang dilindungi oleh struktur pertahanan. Setiap pemain memulai dengan kekuatan yang lemah tetapi boleh meningkat kekuatan diri anda dengan mengumpulkan item dan poin pengalaman selama permainan berlangsung. 

Cara permainan yang menarik

Client bug causes League of Legends players to lose LP

LoL: WR mempunyai lima peranan yang boleh dimainkan, iaitu ADC, Jungle, Top, Mid, dan Support. Jadi dengan itu, setiap pemain boleh memenuhi setiap peranan yang diperlukan dan tidak perlu berebut laluan.


Grafik yang HD dan cantik

Anda boleh aktifkan pelbagai efek grafik seperti kualiti bayang, kualiti model, kualiti tekstur, kualiti efek, dan resolusi. Paling menarik sekali ialah anda boleh mengaturkan agar LoL: WR sentiasa berada di 60FPS.

Sistem Ward

moobeat on Twitter: "10/28 #PBE Update: 2017 Login, Control Ward model, &  more! https://t.co/1x0pnIi3jr… "
Sumber: Twitter

Sistem Ward dalam LoL:WR boleh menolong pemain untuk menjadi lebih peka tentang keadaan sekitar anda, contohnya keberadaan champion lain, ataupun membuat pilihan untuk menyerang lorong musuh. Pengenalan sistem ini telah berjaya untuk menaikkan lagi taraf permainan MOBA di telefon bimbit.

Watak yang lebih menarik dan asli

Image

Jikalau anda pernah bermain permainan video mobil yang lain, anda mungkin perasan bahawa kebanyakkan hero dari tajuk lain tidak mempunyai banyak perbezaan dari segi kemahiran dan juga penampilan. Ideanya seperti dikitar semula dan tidak memberikan impak yang baru.

LoL: WR membawa kebanyakkan wataknya dari PC ke mobil. Jadi wataknya adalah lebih asli daripada kebanyakkan hero di tajuk permainan video mobil yang lain.


Kesimpulannya, League Of Legends: Wild Rift telah menawarkan pelbagai idea yang baru dan menarik untuk pemain-pemain yang berpeluang untuk mencuba permainan video baru ini. Tahniah kepada Riot Games kerana telah menciptakan sebuah permainan yang melampaui jangkaan pengguna dan meninggalkan impressi yang baik.

Adakah anda setuju bahawa LoL: WR adalah permainan MOBA mobil yang terbaik pada abad ini? Kongsikan pendapat anda di ruangan komen di bawah.

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Prev
Gundam Build Divers Re:RISE Anime Review

Gundam Build Divers Re:RISE Anime Review

Studio: SunriseEpisodes: 26 (Finished)Director: Shinya WatadaGenre: Action,

Next
Hololive Myth: Everything You Need To Know About The New Wave Of English VTubers

Hololive Myth: Everything You Need To Know About The New Wave Of English VTubers

This article was contributed by Kakuchopurei

You May Also Like