Mobile Legends Next: Kearah Baik atau Tidak?

Mobile Legends: Bang Bang (sering disingkatkan sebagai Mobile LegendsMLBB atau ML) merupakan sebuah permainan telefon pintar MOBA yang dibangunkan dan diterbitkan oleh syarikat Moonton. Permainan ini diterbitkan buat pertama kalinya di China untuk sistem Android pada 11 Julai 2016 dan kemudiannya untuk iOS di seluruh dunia pada 9 November 2016. Permainan ini berasaskan enjin syarikat Tencent.

Diumumkan pada 5 Jun 2020, Project NEXT adalah projek Moonton untuk Mobile Legends termasuk penyempurnaan model 3D, set kemahiran, cerita, dan garis suara pahlawan yang untuk sesetengah pahlawan yang sedia ada. Mereka juga memperkenalkan cara menetapkan sasaran yang lebih baik yang disebut “sasaran Pintar” untuk meningkatkan ketepatan.

Akan tetapi, bagi saya sebagai seorang pemain Mobile Legends yang telah bermain sejak tahun 2016, saya rasa bahawa kemaskini Mobile Legends Next tidak releven. Mungkin Moonton telah mengemaskini permainan mereka untuk bersaing dengan permainan baru yang bakal menembusi pasaran seperti League Of Legends: Wild Rift. Disini saya akan menyatakan tiga sebab mengapa kemaskini terbaru daripada Moonton adalah langkah yang silap.

Kehilangan Keaslian Mobile Legends

Seperti yang dapat dilihat di peta, terdapat simbol Exp+ and $+ yang menandakan kelebihan “lane”.

Diatas sebab mahu menjadi setaraf dengan permainan yang baru, Moonton telah mengubah peranan yang sedia ada sebelum ini daripada “Mage”,”Fighter”,”Marksmen”, “Tank” dan “Support” kepada peranan yang sama dengan League of Legends, iaitu “MM”, “Jungler”, “Toplaner” dan “Bottomlaner”.

Jungler kurang mendapat EXP di “lane” mereka pada awal tiga minit, manakala “Toplaner” dan “Bottomlaner” pula akan mendapatkan EXP atau “Gold” yang lebih. Ianya sekaligus telah mengubah cara permainan di Mobile Legends dan mungkin akan menyebabkan sesetengah pemain berhenti bermain.

Perubahan Ikon “Item”

Ilustrasi artwork baru pada item di Mobile Legends
Kebanyakkan ikon “item” telah diubahsuai. (Sumber: KOMPAS)

Moonton telah merubah lapan puluh peratus ikon “item” atau barangan di kedai. Ini telah mengelirukan para pemain yang tidak menetapkan barangan yang akan dibeli dan yang lebih gemar untuk mengikut gaya mereka sendiri atau tengok situasi permainan.

Perubahan Grafik

Miya and Alucard are getting reworked in Mobile Legends' Project NEXT
Sumber: ONE Esports

Dengan perubahan grafik yang terbaru kepada lebih HD, tidak dinafikan perubahan grafiknya adalah bagus, tetapi ianya dengan sekaligus akan memberikan kesan kepada pemain yang tidak mempunyai telefon yang mempunyai spesifikasi tinggi. Jika pada tahun 2018 dan 2019 anda masih boleh bermain MLBB pada sekitar 30fps, di Mobile Legends: Next ianya akan menyebabkan sedikit konflik dan “lag”.

Kesimpulannya, pada pendapat saya, Moonton tidak perlu pun mengemaskini permainan video mereka agar ianya setaraf dengan permainan yang baru, kerana saya yakin bahawa masih ada pemain-pemain yang akan terus memilih Mobile Legends sebagai pilihan pertama mereka. Mereka mempunyai idea mereka yang tersendiri dan ianya sudah cukup menarik bagi mengekalkan pemain-pemain diseluruh dunia untuk terus memilih Mobile Legends.

Adakah anda setuju bahawa Mobile Legend Next merupakan satu kesilapan? Kongsikan pendapat anda di ruangan komen di bawah!

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Prev
10 Short Horror Games To Play (Or Watch!) This October

10 Short Horror Games To Play (Or Watch!) This October

Halloween is one month away and you know what that means — it’s time

Next
Watch Burn the Witch For Free on Muse Asia!

Watch Burn the Witch For Free on Muse Asia!

The Autumn 2020 anime season has gotten off to an amazing start with the release

You May Also Like