League Of Legends: Wild Rift: Adakah Pemain MLBB akan Berhijrah?

Riot Games telah melancarkan fasa kedua closed beta untuk permainan game mereka yang baru di platform telefon pintar, iaitu League Of Legends: Wild Rift. Permainan ini telah menarik minat para pemain kerana ia merupakan adaptasi dari permainan PC League of Legends.

Tetapi, kalau hendak dibandingkan, League Of Legends: Wild Rift ini sebenarnya tidak banyak beza dengan permainan game MOBA lain yang sedia ada di telefon. Ini kerana banyak permainan video yang lain menggunakan idea dan genre yang sama, seperti Mobile Legends: Bang Bang (MLBB), Arena Of Valor dan banyak lagi.

Source : KAMI

MLBB telah mendominasi pasaran MOBA di telefon dengan mempunyai sebanyak 500 juta pemain yang berdaftar dan sekitar 75 juta pemain yang aktif mendahului permainan video yang lain di telefon. Namun banyak pihak media seperti Dot Esports telah berspekulasi jika pemain MLBB akan berpindah ke Wild Rift atau permainan lain yang baru.

Bagi saya, saya tidak rasa bahawa pemain-pemain MLBB akan “berhijrah” ke Wild Rift kerana mekanisme permainan ini sangat berlainan dan lebih kompleks berbanding permainan video MOBA yang lain. Antara sebab-sebabnya ialah:

Butang kuasa aktif

Mobile Legends: Bang Bang - How To Earn The Most BP Every Week | Efficient  Farming Guide - Gameranx
Source : GameRanx

Yang pertama, kebanyakan permainan MOBA yang sedia ada di telefon mempunyai tiga kuasa aktif (skill) sahaja, manakala LOL:WR mempunyai empat kuasa aktif. Oleh sebab itu, mungkin kebanyakkan pemain akan berasa sedikit janggal untuk membiasakan diri dengan empat butang kuasa.

Ward untuk melihat keadaan sekeliling

Wards & Last hitting explained w/ photos : wildrift
Source : Reddit

Seterusnya, Wild Rift telah memperkenalkan sistem “ward” kepada genre MOBA di telefon pintar. Jika pemain mengaktifkan “ward”, pemain itu boleh melihat posisi musuh di kawasan sekitar dalam jarak yang dihadkan. Bukan saya mengatakan bahawa ward ini tidak bagus, tetapi disebabkan terlalu banyak butang-butang kunci aktif yang perlu ditekan, ini akan menyebabkan pemain mengambil masa yang lama untuk membiasakan diri dengan mengaktifkan “ward” itu.

Membeli barangan menambah stat

League of Legends: Wild Rift has one of the most robust Item Shops among  Mobile MOBAs
Source : UnGeek

Akhir sekali, para pemain hanya boleh membeli barang untuk menaik taraf kuasa di pengkalan sekutu (base) sahaja. Jadi ianya adalah sedikit menyusahkan untuk pemain-pemain MOBA sedia ada kerana mereka mungkin telah biasa dengan membeli barang di mana-mana sahaja mereka berada.


Kesimpulannya, permainan video League of Legends: Wild Rift adalah menarik, tetapi ianya mungkin akan mengambil masa yang agak lama untuk pemain MOBA yang lain untuk membiasakan diri dengan persekitaran yang baru.

Saya tidak menafikan bahawa sesetengah pemain akan berpindah dari permainan video yang lain ke Wild Rift, tetapi ia mungkin akan mengambil masa yang agak lama. Pada pendapat saya, saya memang akan berpindah ke Wild Rift kerana ideologi yang baru dibawa oleh permainan ini akan mencabar kemahiran yang saya telah perolehi dari permainan video MOBA yang lain.

Adakah anda setuju bahawa ini merupakan satu cabaran untuk pemain-pemain sedia ada? Beritahu saya di ruangan komen di bawah!

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Prev
What’s New On Netflix Malaysia This October 2020

What’s New On Netflix Malaysia This October 2020

October seems to be all about animation and movies on Netflix Malaysia

Next
Five Reasons Why Amber Is The Best Pyro Archer In Genshin Impact

Five Reasons Why Amber Is The Best Pyro Archer In Genshin Impact

Disclaimer: This article is 100% factual and not up for debate or discussion

You May Also Like